Saturday, September 25, 2010

broga hill at semenyeh

assalammualikum dan salam sejahtera. 25 september 2010, minggu penjelmaan semula saya dalam aktiviti riadah ini. sudah lama saya tinggal. so untuk permulaan saya kongsikan serba sedikit trip saya pada kali ini di broga hill at semenyeh. sebut sahaja broga mesti ramai yang sudah tahu dekat mana tempat ini..so pagi-pagi lagi kena bertolak dari rumah (putrajaya) untuk sampai ke tempat ini..ada dalam 20 minit..tapi bukan saya sorang, ada lagi 2 3 orang member saya dari kuala lumpur.

disebabkan 'U' ini tidak jauh dari bukit broga so saya ambil untuk picture permulaan jom layan sama..=D

sampai saja saya terus park dan bersiap untuk memulakan perjalanan memandangkan jam sudah pukul 6.20 pagi. tapi sebelum itu jangan lupe pesanan penaja.




sekitar pukul 6.49 pagi..udara sangat segar..=D



Pemandangan sebelum sampai ke puncak pertama. pekan broga dan ladang arnab .



pastikan kasut yang anda guna bersesuaian dengan aktiviti mendaki bukit.

'fina' (syafina aznie) dengan 'wit' (mohd suhairi mohtar). senyum..=D

Yang ini wit dengan lis (norliza). Time ini tengah naik untuk sampai ke peaks one. ada la dalam 80 darjah dia punya kecuraman. di sini la yang teruji sikit, track curam + lincin.



ini video sekitar kawasan puncak pertama.vdekat sini kita akan dapat hirup udara yang segar. jauh dari bau asap kenderaan dan segala pencemaran.



pemandangan terbit matahari. tapi saya cadangkan lebih baik kalau malam sebelum kita mendaki hujan tidak turun. permandangan matahari terbit pada hari itu lagi jelas.


pemandangan dari puncak kedua dan ketiga.

dan sebelum sampai ke puncak terakhir. puncak keempat !


selamat datang ke puncak bukit broga 400meter.

saya 'fina' dan 'liz' bergambar kenangan..=D

untuk sesiapa yang sukakan lebih cabaran gunung tok wan menunggu anda. lepas ini saya akan siarkan artikel perjalanan saya ke gunung tok wan.

pokok bunga hutan yang terdapat di bukit broga.

sekitar pukul 10 pagi. para pendaki mula menuruni puncak bukit.

pendaki-pendaki mula menuruni bukit apabila matahari mula terik. sebelum sampai ke tempat letak kereta bagi yang kehausan terdapat penjual air menunggu anda di kaki bukit. ini boleh menghilangkan kepenatan selepas menuruni bukit.


dan akhir sekali bagi yang meletak kenderaan dalam kawasan berpagar..anda dikehendaki membayar rm2 kepada tuan tanah. jadi sampai disini sahaja trip kita untuk kali ini. sehinga kita berjumpa lagi. peace..=D